UIA Dituduh Sebagai Sarang Pelacur!

by N on June 20, 2011

wow, wow tajuk panas tuh, sebenarnya aku baca kat blog atiqsalleh yang bertajuk “UIA bakal Jadi Sarang Pelacur” dan yang sebenarnya benda itu ditulis sendiri oleh pelajar yang sedang membuat Master di UIA iaitu di sini, so entry nie bukan nak melenting atau apa tapi ada penjelasan yang dibuat oleh kawan aku iaitu kaizen shinobi mengenai perkara ini jom baca ..

Assalmualaikum dan salam sejahtera semua…

Ehem2… aku nih~ bukan baik sangat~ ye, aku mengaku~ aku ada background agama dari tadika sampai form 5. Tapi tetap jugak aku jadi macam aku sekarang.

Aku tak perfect. Tapi~ dalam sejambak pisang, takkan semuanya busuk? hurm? Dakwaan seorang pelajar master jurusan Islamic Revealed Knowledge di Facebook beliau bagi aku, tak Islamic langsung.

Nih r yang selalu aku gelarkan, belajar tinggi2, tapi habuk pun tarak~ aku nak bagi BOOOOO sekali. Okeh cukup sekali jeh.

Bila korang pandang sesuatu dari sudut negative, inilah jadinya. Salah satu benda yang paling aku benci dalam masyarakat IIUM.

Ada makhluk Allah yang dah tau dia CONFIRM masuk syurga. Orang lain yang tak setaraf dengannya dah termasuk dalam golongan2 ahli neraka.

Ye… Memang betul dakwaan2 beliau.

1. Perempuan tidak menutup aurat dengan sempurna.
2. Masih ada lagi pelajar lelaki yang tak solat (even solat jumaat sekalipun)
3. Couple di mana-mana.
4. Hubungan lelaki dan perempuan tak terbatas.
5. etc… etc…

Tapi beliau tertinggal beberapa perkara

1. Orang2 yang rasa Confirm tuh masuk syurga tuh

2. Orang2 yang pandang enteng kepada mereka2 yang takde background agama.

3. Orang yang bajet bagus.

Ngeh3… Kalaulah Baginda junjungan besar berfikiran macam mamat “master” nih dulu~ alamatnya memang takkan sampailah Islam kepada kita.

Tengoklah Kota Makkah dan Yathrib sebelum datangnya sinar Islam. Perempuan bagai barang dagangan, pemabuk ada dimana2, maksiat, judi, segala bentuk dosa wujud.

Tapi? Islam berkembang pesat jugak kan? Kenapa mesti menyerah sebelum kalah? Itulah tugas2 kita semua, mereka2 yang tahu~ mereka2 yang belajar.

Tidak ada tempat yang semuanya baik di dunia nih~

Tidak terkecuali Universiti Islam Antarabangsa Malaysia nih. Mamat “master” sendiri pun tahu sendiri, sebahagian besar pelajar IIUM nih takde background agama.

But then~ kalau dah cakap sampai bakal jadi sarang pelacur tuh bagi aku TERSANGAT MELAMPAU!

Di bawah adalah anggapan beliau (1st impression) sebelum menyambung master di IIUM.

Saya merupakan seorang pelajar master jurusan IRK di UIA. Sebelum ini mengambil jurusan Usul Fiqh di sebuah universiti yang lain. Sebelum berpijak kaki ke UIA, saya dikhabarkan dengan bermacam-macam cerita menarik dan biah solehah yang menyejukkan hati saya mendengarnya.

Di UIA, ada banyak kuliah agama dan kelas pengajian kitab di luar kelas. Pelajar perempuan semuanya menutup aurat dengan baik dan sempurna. Ramai yang bertudung labuh. Muamalat antara lelaki dan perempuan sangat dijaga sehingga Pak Guard akan menyaman sesiapa yang berdua-duaan di mana-mana sahaja.

Setiap kali masuk waktu azan solat 5 waktu, pelajar-pelajar khususnya lelaki akan memenuhi saf-saf solat di masjid dan juga musolla mahallah. Kegiatan dakwah juga aktif dilakukan oleh kumpulan-kumpulan dakwah yang diiktiraf oleh UIA mahupun tidak. Maka hati saya terpanggil untuk meneruskan bidang pengajian saya di universiti Islam ini. Terbayangnya zaman kegemilangan pemerintahan Islam dahulu kala sepanjang perjalanan ke UIA.

Setelah beberapa bulan menjadi pelajar UIA yang sah, semuanya bagai neraka.

Nak tahu? memang inilah 1st impression aku dulu~ Tapi? berlainan keadaannya.

Apa kelebihannya? Disinilah korang sepatutnya mengasah ilmu dakwah korang. Mereka2 yang berlatarbelakangkan agama, menjalankan aktiviti dakwah masing2.

Dakwah tidak semestinya korang pergi masjid, bertapa sampai berlabah2 dan akhirnya sombong dengan manusia lain, dan perasan korang lah yang paling berIman disisi Allah.

Dakwah tidak semestinya berjubah putih, berjanggut sampai kedada, berserban 24/7 dan akhirnya sombong dengan manusia lain, dan perasan koranglah yang paling berIman disisi Allah.

Dakwah tidak semestinya berhujjah dengan hadith2, al-quran yang korang hafal ayatnya dan maksudnya, tapi PENGERTIANNYA korang tak tahu, lalu korang sombong dengan manusia lain, dan perasan koranglah yang paling berIman disisi Allah.

Itu bukan dakwah. Itu sengal~ Takde orang yang boleh masuk syurga bersendirian. Untuk lelaki~ lagi r susah, ape ingat senang?

Ini ayat terakhir beliau.

Saya rasa cukuplah setakat ini luahan rasa yang dipendam selama ini. Anda setuju atau tidak, bergantung kepada iman masing-masing. Saya nukilkan luahan ini bukanlah untuk mengkritik tetapi ingin melihat satu perubahan UIA ke arah yang baik. Saya sangat takut jika pada satu hari nanti, Allah mencampakkan bala dan musibah yang besar kepada seluruh warga UIA. Andainya maksiat ini tidak dibendung dan berlarutan, tidak mustahil UIA akan menjadi sarang pelacur.

Tengok tak? ngeh3… aku tak bersetuju~ jadi dimanakah level iman aku? Sekali lagi aku ulangi, memang semua benda yang dikatakan itu adalah betul.

Tapi? kalau semua orang2 dalam IIUM nih berfikiran bahawa “Tidak mustahil UIA akan menjadi sarang pelacur” Alamatnya~ hancur la IIUM nih.

Sinar dakwah bukan bergantung kepada setinggi mana sijil yang kita pegang dalam bidang agama.

Tapi ianya bergantung kepada cara yang betul~ bukan berjalan mendada, berserban, berpurdah, berjubah dan segala ber2 lagi.

Takkan korang nak dakwah mamat kaki botol, kaki disko dan “penagih rokok” dengan ayat2 al-quran kot?

Kaki tinggal sembahyang, kantoi puasa ramadhan, dengan berceramah kat telinga dia setiap hari?

Minah tudung pusing2, tudung nampak punggung, tudung tak pakai baju tuh korang dakwah dengan cakap “heh~ tak tutup aurat dengan betul! masuk NERAKA kau nih!”

Der… slow and slow~ dalam 10 orang member ko yang bermasalah, ko dapat tukar sorang jadi OK pun dah kira berjaya tahu?

But then, jangan sombong la der… semua orang kau nampak enteng, itu bukan caranya~ cari kelebihan bukan kelemahan~

Aku nak quote balik hadith dalam artikel beliau.

“Barangsiapa yang melihat kemunkaran, maka ubahlah dengan TANGANnya, jika tidak mampu maka gunakanlah LIDAHnya, dan jika tidak mampu maka gunakanlah HATInya. Maka itu adalah selemah-lemah iman.”

Masih ada masa lagi untuk selamatkan mereka2 yang hanyut dibuai khayalan dunia ini. Kalau kita dah menyerah sebelum kalah… tidak kira sekuat mana pun senjata kita, xkan pernah menang dalam medan dakwah.

Positive thinking:

Kemajmukkan latar belakang pelajar2 IIUM nih adalah satu cabaran yang tersembunyi bagi mereka2 yang cintakan dirinya… bukankah Nabi pernah bersabda:

Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sendiri seperti mencintai dirinya sendiri.

Kalau dah tengok semua orang penagih rokok, bertudung nampak punggung, couple nih suasana ahli neraka, bagaimana korang nak mencintai mereka?

Bayangkan kalau Baginda Rasul pun berfikir macam tuh jugak 1400++ lepas… pergh~ tak jalan der… Nasihat aku kepada mamat “master”

Bro, ye~ aku tau aku tak setaraf ilmu agama aku dengan kau, aku hanya amek sociology and anthorology, specialized in development, dan hanya minoring je jurusan ilmu wahyu dan warisan Islam yang kau sedang buat master sekarang nih.

Tapi~ tengok balik sejarah bagaimana Baginda Rasul menjalankan aktiviti dakwah baginda. you know it~ 1 tips: tengok dari segi kebaikkan~ bukan dari segi keburukan.

p/s: takleh blah betul~ sarang pelacur ye? jadi watpe amek master kat sini bro? kang kuar jadi auw2 kang~ eiii tak suka nyah!

p/s2: Memang betul semua dakwaan tersebut~ tapi to predict the future that UIA nih jadi sarang pelacur, aku tak sarankan ler…

Dojo Klasik
Kaizen Shinobi (o.O)y

aku harap dengan penjelasan member aku nie dapat membuka mata orang-orang yang telah membaca note yang ditulis oleh pelajar master tersebut wasallam :)

{ 13 comments… read them below or add one }

1 Izwan June 20, 2011 at 11:42 pm

his high expectation didn’t achieve.. aku rasa uia lagi selamat sikit.. masalah sosial tu ada,tak leh lari.. beribu2 org dalam ni.. masih boleh dibaiki lagi.. mungkin ada betul gak sesetengah aktiviti kdg2 lebih kpd golongan2 tudung labuh,dak2 kopiah tapi yg bese2 ni.. buat program rancak sket kena banned.. amy search dtg satu malam kena kata kaw2.. tipikal n takde timbang balas.. tak sume manusia sama cara pembawakannya…
Izwan recently posted..Kerana GENGBLOGGER , Persepsi Aku Terhadap Blog Berubah

Reply

2 Syazwan June 21, 2011 at 3:45 pm

+1
Syazwan recently posted..Tips Pandai English oleh @anwarhusaini

Reply

3 woot woot June 20, 2011 at 11:45 pm

beselah,benda kalau yang bertemakan islam memang banyak dugaan..sabarlah..Allah maha mengetahui
woot woot recently posted..Ustazah Pilihan : Akhirat atau Duniawi Semata ?

Reply

4 FS June 20, 2011 at 11:53 pm

Kaizen, sy pun ade kupas benda nie gak….kecewa jugaklah org master perangai macam ni….
FS recently posted..Aku Kecewa Dengan Facebook

Reply

5 haziq June 21, 2011 at 12:38 am

ermm…btol tu..klo kte asyk nk komen n cri kslhn org len ne bley..kte yg nmpak kte la yg cbe ubahkn…ap la kpd pljr master tuh..huh..harap je nga amik master dlm bidang agame… yup hadis man ro’a min kum munkaran tuh mmg tepat skali..aq nie lum amik degree..bln 9 bru amik degre..tp skurg2nyer thu la.sket pasal agama…tyme form 4 ada kot blajr hadis tuh..klo tk silap subjek quran sunnah…haih..ap la umat zaman skrg nie…lbey ske megutuk berbnding mengubah…
haziq recently posted..sAhabaT???? Ap eRtinye??

Reply

6 haziq June 21, 2011 at 12:41 am

ermmm..ckp kat abg yg amik master tuh..g la try amik master kt u len..thu la bgaimane truk nyer tarbiah d u yg len…harap abg tuh dpt berubah n manfaatkn ilmu yg ad tok kebaikan..amin..
haziq recently posted..sAhabaT???? Ap eRtinye??

Reply

7 ismail June 21, 2011 at 12:59 am

kecewa sikit lebih banyak copy paste ni ….. hehehehe. nak jugak baca komen panjang lebar dari tuan blog sendiri :)

sebut sarang pelacur ramai orang sentap. aku pun sentap. ini universiti. bukan lorong – lorong … opsss. aku tak tau lorong apa ok!

tapi nampaknya zaman sekarang perlu tegur dengan menyentapkan orang …. kalau dia sebut sarang maksiat …. jadi normal … orang akan pikir … so what. maksiat is like …. happen everyday, anywhere. tapi bila sebut pelacur ….. sentap!

so semua orang ada hak menyuarakan pendapat sendiri. dan kita agree to disagree.
ismail recently posted..Komen KL Gangster

Reply

8 asmira surianie June 21, 2011 at 12:45 pm

dunia2..macam2 yg berlaku sekarang ni..
asmira surianie recently posted..kenapa blogger perempuan lebih tonjol muka dari blogger lelaki ?

Reply

9 hazwan June 21, 2011 at 1:01 pm

tak kisah pun kalau nk komen tntang gejala sosial disana tp apabila mengatakan UIA BAKAL MENJADI SARANG PELACUR ia mnggambarkan seolah2 tiada lagi jalan penyelesaian utk masalah ini..
hazwan recently posted..Operasi Menyelamat Kucing di UTP

Reply

10 Nazim Nasri June 21, 2011 at 1:19 pm

SEJAMBAK pisang atau setandan pisang? hee :)
Nazim Nasri recently posted..Kartunis Majalah Ujang Meniggal Dunia.

Reply

11 little munah June 21, 2011 at 1:25 pm

wow…..dasyat nau tu dia bagi sarang pelacur kat UIA…
macam de mmber kt atas ni cakap,kite xleh lari dari masalah sosial..da mmg ada..tgjwab kite la pula nak betulkn..ak pon bkn la dr bckgroud sek agama..sek biase je…dpt twrn sini,family terus suruh terima sebab at least kat sini safety dari banyak aspek. ini FAKTA, aku ada kenal la juga beberapa orang perempuan yang dulu mendedahkan kepala tapi sekarang dah bertudung da pun. dorg sendiri cakap kalau tak berada di UIA ni dorg mesti xmacam sekarang. ada juga yang berubah jadi baik disebabkan berada dalam UIA. jangan disebabkan segelintir yang buat perangai, terus nak hukum kesemua pelajar lain. terus nak kata uia ni sarang pelacur…agak2 r bro….

Reply

12 pdaus June 21, 2011 at 2:41 pm

title dia sebagai bakal tempat pelacur…tu yang sakit hati.
lain2 tu betul la…sana-sini banyak poster tapi yang pi tu muka sama je…yang saya nampak kat surau dan masjid…
hang pi tak program tu….? pernah ajak x roomate solat SUBUH kat masjid?
pdaus recently posted..Baby attempt to blow harmonica

Reply

13 titan June 27, 2011 at 5:56 am

kita usaha apa yang kita mampu. Bagi aku, semua universiti, lebih kurang aje..
titan recently posted..Edisi Siasat – Buat Duit dengan Noobie.my

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: